Wednesday 16 November 2011

Melupakan Cinta Pertama Untuk Cinta Terakhir


Menghapus kenangan bersama si dia.
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Rasional dalam berfikir, pasti ketemu jalan yang terbaik. Istikharah Cinta. Padanya memohon gambaran fantasi petunjuk kepada realiti

Wednesday 2 November 2011

APA ITU CINTA???

Adakah tapak tangan kita berpeluh, hati kita berdebar 
kencang dan suara kita tersekat di dada?Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata 
darinya? Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu ia ada di 
sana? Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan 
semua orang? Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kita tetap mengatakan kita menyintainya kerana 
kita tidak ingin melukai hatinya? Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya 
membuat hati kita melompat? Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita 
mengambil berat tentangnya? Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari 
hanya dia yang kita fikirkan? Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita 
senangi untuk kepentingan dirinya? Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi…

Adakah kita tetap bertahan kerana campuran antara 
sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami … menarik kita mendekati dan tetap bersamanya? ITULAH CINTA.

Apakah kita menerima kesalahannya kerana itu bahagian 
dirinya dan siapa dirinya? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita tertarik dengan orang lain tapi setia 
dengannya tanpa penyesalan? Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat 
itu dia kuat? ITULAH CINTA.

Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih? 
ITULAH CINTA.

Adakah hati kita gembira ketika dia berbahagia? 
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa 
kita begitu mendalam sehingga menusuk? Yang demikian itulah namanya CINTA 

USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!